HISB: Cinta itu saiko.


Mari namakan manusia dari kiri: Kiri, Tengah, Kanan.

Di suatu forum bernama Wars Central, forum yang digunakan oleh pemain Advance Wars berkongsi pendapat dan rasa suka terhadap game itu, terjadinya satu tragedi yang menyayat hati. Kiri adalah salah seorang ahli forum yang sangat aktif. Nak dijadikan Kiri ini sukasukaheyhey obsessed dengan girlpren orang, iaitu Kanan. Dan boiprennya adalah Tengah. Tengah dan Kanan adalah admin di dalam forum tersebut.

Kerana si mamat Kiri ini sangat creepy dan mengacau kehidupan Kanan, maka si Tengah dan Kanan mengambil jalan singkat dengan memblock mamat Kiri ini dari forum mereka itu.

Dan di situ bermulanya rasa dendam. Dendam kesumat.

Kiri, dengan sukasukaheyhey nya terbang dari Jerman ke UK dan bertemu mata ke mata dengan Tengah di rumahnya. Dan menikamnya sebanyak 86 kali. Sebelum Tengah melepaskan nafasnya yang terakhir, dia sempat menulis 3 huruf pertama pembunuhnya dengan darah. Ye lah nak kasi clue kat polis. Bijak. Nak mati pun masih bijak. Bagus!

Konklusinya di sini, jangan disangka air yang tenang tiada buaya, jangan disangka obsessi di internet hanya obsessi di internet sahaja. Orang gila merata. Jangan biarkan diri anda accesible sangat di internet. Mana tahu tersakitkan hati psychopath mana-mana, tak pasal-pasal kena tikam 86 kali. Hiks.

Sekian, terima kasih.

Sumber: Wolf Gnards