HISB: Video Ucapan Raya Ojamoja (Dengan muka baru bangun tidur)


Hiks. Video gedik dengan Willie.

Sebab nak tunggu desu! buat ucapan memang berzaman lah.



Btw, ada orang cakap aku mempunyai self-confidence level yang tinggi. Ntah apa yang tinggi? Macam biasa je aku tengok. Bila pergi menyanyi depan audience still malu-malu kucing. Adakah sebab aku tak cantik? So bila buat benda merapu macam ini orang terus cop self-confidence tinggi? Ye lah kan bila orang cantik buat benda merapu, orang macam "oh takpe dia cantik, kita kasi can".Hiks. Whatever. Asalkan apa aku buat tidak meng-affect putaran bumi di paksinya, wa relaks je brahhhh. Kbye.

HISB: Just like Batman..


ojamoja needs some days off too. hiks.




I'm not so much a fan of hari raya, but just like other normal people..

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin (especially kepada orang yang saya sakitkan hati, sebab saya tau some of the stalkers adalah orang yang saya pernah sakit kan hati dengan secara lansung aka in real life atau tidak lansung aka in virtual life). Hiks. Kbye. Jumpa selepas raya!

HISB: Flip a coin.

OK just read somewhere like if you are in doubt, stuck in between two options, flip a coin, because in that moment the coin is in the air you'll realize what it really is you want. Does it make sense to you?

I was wondering if the same rule can be used with the guidance prayer (isthikarah)? By the time you are done with praying, while you are waiting for the er.. guidance, in that particular moment.. you just want the guidance to be that particular option. Haha. Meaning all along, you know what you want but you just need something to support it. Am I right?

Shit I'm not sure what I'm talking about. But..entah just kaitkan two very different methods but with the same desired outcome. A decision.

OK I should stop or else I will get you stalkers very confused. And no I don't have any important decision to make at the moment. I think.

Hiks. Good night!

HISB: Patient & Understanding.


"Be conservative internally, but be very liberal about what you accept from others."

Shit this is what I always wanted to do. My life is my life. I'll strive for the better (hence being conservative internally). Then when I'm around people, I will listen to them and put the personal judgment aside. I think what I think, you think what you think. While at the same time trying not to hold our personal standards to each other (paling susahhhhhhhhhhhhhh!). Because you know what? People, they will always surprise you, no matter what. Good bad or whatever. Embrace the uniqueness. I think our world is quite big and there's enough room for everyone, if we can be patient and understanding.

Keywords:

Patient.

Understanding.

Dammit susahnya! But I'll try my best. =)

Macam tazkirah pulak. Hiks.

But whatever it is I still hate ignorant people and ignorant remarks. Full stop.

HISB: Western gila hang no?

Nota Pendek

Setelah sedekad tidak berteguran gara-gara hala tujuan hidup yang berbeza selepas SPM, dan tiba-tiba anda datang menegur dan berkata *"Western gila hang no?" dan membuatkan ia berbunyi seperti satu perkara buruk dan hina. Adakah rasional sekiranya aku rasa seperti mahu memberikan tamparan anjing betina secara gratis kepada polan yang menegur itu? Pemikiran mungkin agak westernized, tetapi sambal belacan tetap di hati. Tidak salah kan untuk berkata ya kepada westernization? Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih. Apa yang keruh? Apa yang jernih? Lu ada otak, lu pikir laaaa sendiri. Hiks.

*Aku dulu sekolah di satu sekolah sains di utagha malaysia, memang kena semua benda ada no kat belakang ayat, nak tiru omputih sket la kunun like "You are so westernized, no?". Westernization secara halus katakan. Yes itu teori sukasukahey aku. Tak setuju, boleh belah.

HISB: Tardigrade



Hi nama saya Tardigrade. Saya adalah sejenis mikroorganisma yang boleh dijumpai di air dan mempunyai daya tahan hidup yang sangat tinggi. Saya boleh hidup di kawasan sejuk dan panas yang ekstrem, kawasan yang mempunyai radiasi yang tinggi dan juga boleh hidup tanpa air selama 10 tahun. Nak tahu apa lagi kehebatan saya? Saya boleh hidup di dalam ruang vakum. Ye kawan-kawan, saya boleh hidup di angkasa!! Jadi bidalan yang berbunyi "kecil-kecil cili padi" adalah sangat sesuai dengan saya. Hiks.

Saya juga mempunyai cara jalan yang agak kiut. Saya jalan agak lembab, sebab itu nama saya Tardigrade.."slow walker". Tengoklah video di bawah ini. Comel kan? Eh btw nickname saya ialah beruang air. Hiks. Comel tak? Ingat nama saya tau, TARDIGRADE. Bye



Sumber: Wikipedia

HISB: Sumbang Mahram Clownfish.



Fakta yang agak saiko mengenai clownfish (remember Nemo?):

OK first of all, mari aku bagitahu bahawa semua clownfish dilahirkan secara azali sebagai jantan. Dan ikan yang paling besar dan dominant di dalam kumpulan clownfish akan bertukar menjadi betina.
Di dalam satu kumpulan ikan clownfish, terdapat satu alpha male dan satu alpha female. Di mana, di dalam kumpulan tersebut, hanya pasangan alpha itu sahaja dibenarkan mengawan untuk breeding purpose. OK yang saikonya bila alpha female mati, alpha male akan sukasukahey transform menjadi alpha female melalui proses biologi yang entah aku malas nak ambil tahu. Siapa pulak jadi alpha male? Ikan yang ranking kedua terbesar selepas alpha female. Susunan dia aku rasa macam susunan kesultanan negeri Perak kut. Hiks.

Jadi kau cuba bayangkan cerita Finding Nemo. Kenapa bapak dia beria sangat nak mencari Nemo? OK beginning of the movie kan mak Nemo mati kan? Lepas tu Nemo hilang. Bapak dia pun pergi mencari.

Jadi kalau mengikut fakta alam clownfish, bapak dia akan bertukar menjadi alpha female, dan Nemo..jeng jeng jeng.. akan menjadi alpha male.

Dan terjadilah sumbang mahram antara bapak Nemo dan Nemo.

So yeah, how does it feel when
a fact from upper level developmental biology ruined a very cute movie?

Sucks to the core right?

EUW NEMO!!!!!!!!!!

Sumber: Wikipedia / Aquatic Community

HISB: Happy Kid.



A simple video of a well-functioning kid with Down Syndrome all happy and dandy doing everyday stuff . This video taught me to stop complaining about my sucky life when this kid with disability is way way better than me at waking up in a morning, he's cheerful for one. Genuinely filled with sunshine. =)

It really made my night. And with this good feeling, I think I'm ready to hit the sack. Good night lovely people. Let's all try to spread the feel-good vibe around. Hiks.

HISB: Minta maaf.




My sign would read :

"Maafkan saya sebab saya tidak suka gelak/setuju dengan lawak bodoh awak, dengan one-sided argument awak, dengan obsesi awak terhadap sesuatu perkara sampai lupa menjadi rasional. Maafkan saya kerana sebagai seorang manusia saya tidak sempurna, dan saya rasa awak pun sebegitu. Mari kita make a toast( secara halal) mengenai imperfections kita =P"

HISB: Say something nice.




Satu perkara aku menyampah dengan orang Amerika, depa sangat tidak malu dan tidak kisah. Bagi aku, rasa tidak malu dan tidak kisah untuk menyebarkan feel-good vibe adalah acceptable. Bukan tidak malu dan tidak kisah menyebarkan ignorance, itu tidak acceptable.

Dan video ini memberi aku feel-good vibe. Thanks to you, not-so-malu Americans for showing me that being nice and spreading some goodwill are awesome! New Yorkers you never cease to amaze me. That's why I love your city, too many characters to be seen in one big city. =)

HISB: Stanley Kubrick


Sebab ada orang recommend suruh tengok cerita-cerita Stanley Kubrick, so minggu ini aku nak download habis-habisan semua movie dia yang best-best. Walaupun dia sudah meninggal dunia dan sudah menjadi legend, aku tidak kisah. Prinsip mak, better late than never. Better tahu dari tidak tahu. Wahaha.

Pertama: Lolita




Kedua: Dr. Strangelove




Ketiga:
2001: A Space Odyssey



Keempat: A Clockwork Orange



Kelima: The Shining



Keenam: Full Metal Jacket





HISB: Orang Utan memerah kain dan mengelap muka.


Pretty impressive for an ape right?



HISB: Like father, like daughter


A 29 y.o grandfather with his 14 y.o daughter and granddaughter, that is all.



Source: Daily Mail

HISB: Walking in wrong direction?


Do the phone check


or

Do the 'pretend I remembered something' gesture and turn around.

Remember to minimize the level of awkwardness as low as possible.
Ye lah, you don't want people to know you are walking in wrong direction right?

But if you are the type no fuck should be given, well, just fucking turn around.
Hiks.

HISB: Christian Bale = Belon


Sebab dia boleh inflate dan deflate sesuka hatinya.




Sumber: Slash Film

HISB: Placebo Effect

Ingat tak entri aku pasal homeopati adalah bullshit? Which I wrote:

"Placebo effect. Percaya, percaya dan percaya. It's all in your mind. "

Video ini menerangkan apa itu placebo effect. Sila tengok dan spread the knowledge.



Ubat placebo adalah umpama ubat tanpa bahan aktif atau spesifik untuk mengubati sesuatu simptom, tetapi dia mujarab sebab kau percaya dia mujarab. Rasa macam magik pulak. Sesuai betul kalau makan pil placebo sambil dengar lagu When You Believe, Whitney Houston & Mariah Carey. Hiks. #RandomOjamojaIsRandom



FYI, kalau ubat betul (with real active ingredient) nak prove kan dia mujarab, dia kena set up a few clinical trials dan dalam trial itu ada placebo group sebagai control group so that they can asses how mujarab their ubat is. Maksudnya, result ubat kau kena lagi hebat dari control group, untuk meyakinkan pembeli. Hiks. Kalau tak hebat atau lebih kurang dengan placebo, baik customer beli placebo je kan? Percaya lagi mujarab dari bahan aktif. Haha mungkin lepas ini aku nak buat clinical trial, "jumpa doctor" vs "jumpa bomoh/some alim people who know ways to treat people just by reciting a few verses from the holy book and pegang bahagian badan sana sini" . Wahahahah, tengok yang mana lebih mujarab. Hiks. Remember it's all in your mind. Usaha, tawakal dan percaya..pasti berjaya! =)

HISB: Anak Kurt Cobain


Frances Bean Cobain

16
19

Sumber: Rolling Stone
Right Celebrity

HISB: Filem Ojamoja Suka Tengok!


Dear Zachary: A Letter to a Son About His Father



Baru tengok dokumentari ini. Aku ingat cerita ni cerita cute-cute pasal ayah dan anak. Tanggapanku salah sama sekali. Tak sangka aku boleh enjoy tengok dokumentari. Ye lah selalu tengok dokumentari retis Hollywood kat E! Channel, takda la pulak rasa macam ni. Ini enjoy sampai semua feeling aku rasa hanya dari satu dokumentari. Cam haram betul sapa yang buat dokumentari ni. Pandai dia buat aku nampak macam orang gila. Sekejap aku sedih, lepas tu senyum-senyum, lepas tu marah gila, lepas tu sedih balik. I bawled like a baby kut.

Aku rasa yang buat cerita ini agak enjoyable sebab dia ada banyak old footages pasal subjek. So memang tak bosan lansung. Dengan narration pembuat dokumentari ini lagi, dengan lagu background plus all the footages buat aku rasa macam aku pulak kenal mereka-mereka ini dalam real life. Jadi aku rasa memang penting kita mengabadikan memori di gambar dan di video. Sebab sangat berguna untuk menangkap emosi. Aku yang tak kenal mereka pun boleh tangkap layan dengan emosi bila tengok gambar-gambar dan video-video tu. Sigh.

Saranan aku, tengok dokumentari ini kalau kau ada mood nak menangis. I'm not gonna lie, it's a soul destroying documentary. And please don't google the story about them. Sebab aku first tengok tanpa tahu apa-apa pasal kes ini. So bila tengok wah rasa terkezut datang menjengah.Walaupun sedih, ini aku rasakan the best documentary aku pernah tengok.

Konklusi aku dapat buat dari cerita ini: It's kind of a reminder to men, don't stick your dick in the crazy.
Hiks.


Rating di Rotten Tomatoes: 94% (Fresh!)

HISB: Adulthood


Haha. This comic hits so close to home. Didn't you know that adults are just people who are really good at making everyone else think they know what they are doing? It's like we are overgrown kids and we are required to use brain MORE compared to when we were younger. But if I were to choose between me in teenage years and me now, of course I would choose me now. Because I think with me now, I have more power to change what's wrong in my life. As long as I play by the few rules our society has, I'm good to go. And on the bright side, the maturity comes with adulthood makes me a little bit smarter. So yeah for me, adulthood is kinda of awesome, for now. Ask me again in 10 years time. People change, y'know? Hiks.

What about you? Do you like being an adult? If yes, why? If no, no worries, you will eventually see why you should embrace your adulthood. As of now, just go with the flow. =)

HISB: The Cure is awesome and it's Friday! XD


The Cure - Friday I'm In Love

I don't care if Monday's blue
Tuesday's grey and Wednesday too
Thursday, I don't care about you
It's Friday, I'm in love

Monday you can fall apart
Tuesday, Wednesday break my heart
Thursday doesn't even start
It's Friday, I'm in love

Saturday, wait
Sunday always comes too late
But Friday never hesitates

I don't care if Monday's black
Tuesday, Wednesday heart attack
Thursday, never looking back
It's Friday, I'm in love

Monday you can hold your head
Tuesday, Wednesday stay in bed
Oh Thursday watch the walls instead
It's Friday, I'm in love

Saturday, wait
Sunday always comes too late
But Friday never hesitates

Dressed up to the eyes
It's a wonderful surprise
To see your shoes and your spirits rise
Throwing out your frown
And just smiling at the sound
As sleek as a shriek
Spinning round and round
Always take a big bite
It's such a gorgeous sight
To see you eat in the middle of the night
You can never get enough
Enough of this stuff
It's Friday, I'm in love

I don't care if Monday's blue
Tuesday's grey and Wednesday too
Thursday, I don't care about you
It's Friday, I'm in love

Monday you can fall apart
Tuesday, Wednesday break my heart
Thursday doesn't even start

It's Friday, I'm in love



HISB: Karipap Nutella.


Nak!



HISB: Bola adalah overrated.

Sheng Wang, comedian



HISB: Orang Islam sembahyang di dalam gereja.



Tadi pergi facebook nampak banyak orang share video ini. Ah well let me tell you the truth, I'm not amazed. Not a bit. Maybe sebab aku pernah belajar di sana. Dan aku boleh nampak toleransi orang-orang di sana dengan agama.

Dulu di universiti, sebelum kewujudan Spiritual Center, orang-orang Islam bersembahyang Jumaat di bawah basement gereja. That's why aku tak amazed with the video. Dan bila Spiritual Center siap dibina, manusia-manusia dari pelbagai agama berkumpul di situ. Ada bilik untuk orang Islam, orang Yahudi, orang Kristian dan other 57 religious groups. I kid you not.

All of them under one roof. While you are praying inside the room, you can hear someone, playing piano outside chanting all the nice things which I'm pretty sure taken from their holy book. And setiap semester selalu ada macam a round table discussion di mana, Imam,Rabbi dan Priest berkumpul satu meja, berbincang mengenai differences, similarities dan isu-isu semasa yang related dengan mereka. Yes a healthy talk. That's what we actually need. Now you tell me, why I'm not amazed by the video at all. Sebab aku pernah nampak semua di depan mata aku sendiri.

Dan kita kena faham situasi Amerika berbeza dengan situasi kita. Mereka mempunyai isu mereka sendiri. Di sana aku rasa, mereka tengah struggle dengan Religion vs Atheism. Di sini kita struggle dengan this one particular religion vs ALL OTHER RELIGIONS. Hiks.

You see the difference? Sebab itu toleransi agama di Amerika agak kuat, kerana mereka mempunyai musuh mereka sendiri. Orang yang tidak mempercayai kewujudan tuhan. Jadi apa guna orang yang mempercayai kewujudan tuhan bermusuh sesama sendiri. Oh isu mengenai how orang Islam dilayan umpama terrorist di Amerika? Sadly, that's a true story. Thanks to stupid motherfuckers yang tunjukkan side bodoh mereka dengan menggunakan nama agama. Sheesh. Dari pengalaman aku, aku tidak pernah la merasai apa-apa prejudis kerana agama. Sebab aku pun tidak mencerminkan Islam yang orang Amerika fikirkan. Bila mereka tahu aku tidak makan babi dan minum arak baru mereka terkejut. Kalau kau jumpa orang Turki lagi best, nama je Islam, semua benda haram dia buat. Lepas tu bila dia nampak kau sembahyang, "Oh you are an extremist". Pejadah, sembahyang kena cop extremist. Wahaha. Itu tak boleh nak salahkan sapa-sapa, itu kita panggil.. ignorant. Hiks.

Back to the main topic, kadang-kadang aku rasa dari duduk freak out orang kita ini iman rendah sangat nak masuk agama lain, baik risaukan orang kita yang berselindung di sebalik agama, dan sebenarnya tidak mempercayai tuhan. Aku pernah jumpa ok. Banyak juga lah. Mereka ini selalunya orang yang bijak pandai. Masalah mereka ini, motto mereka sky's the limit. Selagi aku nak berfikir, aku akan berfikir suka hey hey tanpa batasan. Dan orang-orang ini kalau dia fikir dengan bijaknya, dia tidak akan memilih mana-mana agama. Kenapa? Setiap agama ada loopholes nya masing-masing. Dan ini lah yang tidak disukai oleh orang-orang bijak macam ini. Mereka tidak suka loopholes. Mereka suka penjelasan yang konkrit.

Dan the reason kenapa mereka masih menggunakan nama Islam mereka? Ye lah nyah kau kat Malaysia kut. Wear the facade and people won't notice you and your crooked mind. =) Dan dengan itu, orang macam ini kita patut gentar. Mereka ini sangat menakutkan. Untuk permulaan, berhenti berfikir secara mutlak kata orang bukan seagama adalah musuh kita, kerana there's always a possibility, the enemy is among us. Beware!

HISB: Resipi Kit Kat Gergasi.


30 Lindt Luxury Belgian Milk Chocolate (melted) + 6 Loacker Chocolate Wafers








Sesiapa boleh tolong buatkan untuk birthday aku bulan depan? Pretty please?
Hiks.

Sumber: Imgur
Supersized Meals

HISB: Persoalan hidup dan mati.

Watch this:



And then this




The first one is a real boy band (they are called Max 24:7 by the way) with a bunch of cute guys trying to imitate K-Pop boy band. The second one, is a parody video done by a bunch of gross looking guys lip synching to Japanese version of Gee from SNSD (a kpop girl group). If you were diagnosed with a terminal disease and in order to stay alive you had to choose between these two videos and watch it for the rest of your life, which one would you choose?

Me?

ALWAYS THE SECOND ONE. Hiks

You?

Tepuk dada tanya selera.

HISB: Mayat Di Gunung Everest

Sepertimana yang kita tahu, Gunung Everest, gunung yang tertinggi di dunia. Menjadi siulan pendaki-pendaki yang obsessed terhadap menawannya. Ada yang berjaya, ada yang berhenti separuh jalan dan ada yang naik, tak turun-turun.

Yang naik tak turun-turun, of course lah sebab dia dah mampos? Korang pernah terfikir. Haah kalau mampos, siapa yang pergi ambil mayat dan bawa turun kan? Apparently, tiada siapa. Mungkin ada, tetapi pada ketinggian atau zon yang selamat. Masalahnya kematian banyak berlaku di satu zon yang dinamakan Death Zone, di altitud melebihi 8000 meter. Di mana suhu adalah sangat sejuk, tekanan atmosfera yang rendah, salji yang beku menyebabkan pendaki mudah tergelincir dan angin yang kuat. Di dalam situasi begini, pendaki akan mengalami kekurangan oksigen, yang sudah pasti melemahkan pendaki.

Hendak dijadikan cerita, lebih kurang 200 manusia ditimpa nasib malang hingga menyebabkan kematian. Ada yang, berhenti rehat tidur, terus kiok. Mayat mereka? Dibiarkan di situ. Kenapa? Kerana hendak diselamatkan helikopter penyelamat tidak praktikal dan nak suruh orang hidup mengangkat mayat ke bawah, sangat risky. Jadi tiada pilihan, mayat terpaksa di tinggalkan sebegitu sahaja.

Oleh kerana mayat itu dibiarkan di tempat yang sejuk, maka keadaan mereka masih kelihatan bagus walaupun sudah 50 tahun meninggal dunia. Kerana bila mendaki, pendaki akan teserempak dengan mayat-mayat ini maka, mayat-mayat ini digunakan sebagai landmarks. Yes, they name the dead bodies. Creepy much? Bayangkan kos untuk mendaki adalah lebih kurang 25k USD - 60k USD. Mahal tak? Macam kau beli tiket mahal gila untuk pergi mati. Biasalah, manusia mempunyai persepsi yang berbeza- beza dalam mencabar diri sendiri. Mereka ini suka kan gunung tinggi-tinggi. Kau suka bungee jumping. Dia suka sky diving. Aku suka duduk rumah. =P

Ok malas nak merapu, nah feast your eyes with these NSFL (Not Safe For Life) pictures.

RIP UNKNOWN DEAD BODIES.











Sumber:Body Building Forum

HISB: Filem Ojamoja Suka Tengok!

Sunshine (2007)



Pada tahun 2057, bumi mengalami masalah. Bumi menjadi semakin sejuk. Makin hampir kepada kemusnahan akibat matahari yang sudah tua. Yang sudah hendak mampos. Lebih kurang macam nak dekat kiamat lah. Maka nak dijadikan cerita, 8 orang yang bijak pandai dihantar untuk memulihkan matahari. Bagaimana? Mereka diarahkan menghantar payload: satu bomb untuk reignite matahari. Umpama kau pergi dekat dengan matahari, kau shoot bomb tu, then kau pecut balik pegi bumi (nak sampai bumi bertahun lah). Dan mereka adalah kumpulan kedua yang dihantar keluar kerana kumpulan pertama yang dihantar dikatakan telah dipercayai lost in space selepas 7 tahun mereka dilepaskan ke angkasa.

So yeah, cerita nya seakan-akan Armageddon. Tetapi dengan bajet lebih murah. Tapi yang syioknya bila tengok cerita, takda lah rasa murah sangat. Maybe ikut standard Hollywood untuk cerita sains fiksyen, 40 juta USD murah kot. Hiks.

Aku suka cerita ini. Aku rasa Boyle sangat hebat dalam mempermainkan emosi penonton. Tengok sains fiksyen pun boleh rasa emosi macam tengok cerita hindustan and the same time rasa deep. Formula yang aku suka! Semua aku suka except the fact dia cuba menunjukkan, bagaimana RELIGION VS SCIENCE, science yang menang. I guess Boyle is a non-believer? Except that particular part, semuanya masyuk. Walaupun towards the end of the movie dah macam slasher flick pun ada. Banyak darah-darah.

Overall, recomended by Ojamoja sebab cerita ini buat aku berfikir sejenak dan aku anggapkannya ia sebagai metafor dari Boyle mengenai kehidupan. Aku tak berapa setuju sangat dengan metafor dia, tetapi cerita ini cerita bijak, so aku suka. Dan kerana cerita ini, aku rasa aku sayang kat Danny Boyle. Jangan risau Chris Nolan, kau sentiasa di hati. =P So far cerita yang diarahkan oleh Boyle aku pernah tengok, 28 Days Later,( aku suka gila!),28 Weeks Later (aku suka gila), dan The Beach (enjoyable). FYI, aku tak tengok lagi Slumdog Millionaire dan 127 Hours, di mana kedua-duanya diarahkan oleh Danny Boyle. Dan banyak review positif. Ye aku memang lembab. Weks. Nanti aku tengok dan aku review OK?

Rating di Rotten Tomatoes : 74% (Fresh!)

HISB: Jangan hentikan aku sekarang!


Apa terjadi bila lirik lagu ditafsirkan melalui pergerakkan?

Lawak betul. Lagu kegemaran aku pulak tu.




HISB: Cartman


Hi just woke up for sahur, yep quite early. Because someone tapau-ed a nasi with ayam kicap from Pelita. for me Heeeee so sweet. Lap lap.

And this shit is hilarious.


HISB: Benefits of smoking

Philip Morris pernah melakukan satu kajian dimana premature deaths yang disebabkan oleh rokok sebenarnya membantu negara.

Bagaimana?

Kerana lagi cepat orang tu mati, lagi kurang duit cukai perlu dihabiskan untuk healthcare. Untung lah negara!

Jadi kalau ramai orang hidup lama, sampai tua kerepot, lagi rugi negara. Ye lah mana taknya, warga tua memang lah teras masyrakat, tapi bila kau tua tidak larat berbuat apa-apa, apa boleh kau sumbangkan kat negara sangat?

Haha lawak kan? Kejamkan pemikiran macam ni? Menyedihkan. Tapi lagi sedih sebab pembuat rokok, Philip Morris suka suka hey hey berusaha membuat kajian nak membuktikan rokok dia tu dapat membantu negara.

OK I admit it's a sad-but-true advantage for the country, but come on how could you ever say someone should die because of money? And aku rasa benda macam ni tak perlu dibuktikan. Sah-sah sangat rokok dikatakan dapat menyumbang ke arah premature death. Aku rasa setiap orang faham. Even perokok themselves pun faham but it's their decision. It's their life. Even kalau syarikat rokok tak buat iklan hebat-hebat, even kerajaan buat iklan anti-rokok bertubi-tubi, tak akan makan saman juga kalau orang dah suka nak merokok. Iye dak?

Percaya lah rokok tak akan hilang di dunia. Sebagaimana Melayu tak akan hilang di dunia, bak kata Hang Tuah. Haha. Kerana apa? Selagi orang nak, selagi tu lah benda tu ada. Right? Walau pun orang cakap tak elok, mesti ada jugak yang membangkang dengan alasan "ajal-maut di tangan tuhan". So yeah pi mai pi mai tang tu. Last-last habuk tarak. Kuboq asing-asing.

Kadang-kadang aku rasa rokok dicipta untuk melenyapkan gene pool yang tidak elok. Or maybe sebab smokers die quicker and cheaper than fat people.

Hahaha. Ok not funny.

I'm sorry if I come too strong in being an anti-smoking kind of person. Look back at my entries on smoking, memang boleh kasi perokok makan dalam kan? What to do. My loved one, my abah, died 11 years ago, when I was 17, a few months before SPM. At that time I was pretty sure about the thing that triggered his (very) fast journey towards death was...er excessive smoking (combo with stress due to works and having 2 wives. Hehehe) ? And he was 49. =)

That's my reason for not liking smoking. Read it correctly, I hate smoking. The act of smoking. But I don't hate smokers. I pity them. Because I think if they ever decide to stop, it would be hard. Actually I pity those yang mengharapkan kat foreign addictive subtance to feel good. Like me. I need caffeine. I love caffeine. Kalau boleh tiap-tiap jam nak minum kopi. Ok I digress.

Anyways, mungkin for some of you, you don't like smoking, because of the smell lah, susah nak french kiss lah apa lah, gigi kuning lah. And for yang suka, you have your own reasons too. And I respect them. Really I do. But if you were to ask my very honest opinion on this, I would say.. stop. Too bad no one ever asks my opinion on this (my siblings banyak merokok!), that's why my blog is a perfect platform to express what I think. Hiks.

Good night.


Sumber: BBC

HISB: Ryoko Hirosue


7 and a half minutes of "dame!"
Dame means no.



Idola saya untuk eskspresi-ekspresi cute bila berkata tidak!
Hiks.

HISB: Muka Seksi vs Muka Tak Seksi


Sebuah universiti di Jerman telah menjalankan kajian mengenai ciri-ciri wajah yang dianggap menarik atau tidak menarik. Di bawah adalah prototaip wajah-wajah yang di katakan sebagai seksi dan tidak seksi berdasarkan kajian tersebut.

Perempuan


Karakteristik perempuan bermuka seksi berbanding dengan perempuan bermuka tidak seksi:
  • Kulit lebih tanned.
  • Bentuk muka yang lebih tirus
  • Kurang lemak
  • Bibir penuh
  • Kening yang lebih gelap dan berbentuk.
  • Bulu mata yang lebih lebat dan panjang.
  • Cheek bones lebih tinggi
  • Hidung lebih er mancung?
  • Tiada mata panda
  • Kelopak mata yang lebih nipis

Lelaki


Karakteristik lelaki bermuka seksi berbanding dengan lelaki bermuka tidak seksi:
  • Kulit lebih gelap
  • Kurang lemak
  • Bibir yang penuh dan lebih simetrikal.
  • Kening yang lebih gelap
  • Bahagian atas muka lebih luas berbanding bawah muka
  • Cheek bones lebih tinggi
  • Rahang yang lebih jelas.
  • Dagu yang lebih terbentuk
  • Tiada kening yang receding
  • Kelopak mata yang lebih nipis
  • Tiada "laughter lines" yang jelas kelihatan

OK korang rasa muka korang seksi tak? Sebab aku rasa muka aku seksi. Kbye.

Sumber: University Regensburg

HISB: Catch-22


Haha I personally think the OP's (original poster) idea is pretty cute. 1Malaysia FTW!

Btw, the reason aku tutup gambar and nama, is to protect privacy and and tak nak some religious freaks ingat mereka ini menghina agama suci. Padahal, they are just being logical. PROTIP: You can't be mad at people being logical as how you don't want people to be mad at your religious ideology. There's always a balance in everything. Just saying.

On another similar note, like posting print screen stuff from FB;

Ada suatu hari tu aku ada nampak sorang (let's call him A) ni print screen his fb inbox dapat message from a bisex malay guy. Basically in the conversation that bisex guy (let's call him B) cakap dia geram with the A. Then A cakap "Oh,I'm straight and married with two kids". End of story. NOT REALLY.

Lepas tu si A post it on fb. Tanpa protect the privacy of the bisex guy.

From my very honest opinion, A is an ass. I know being a bisex is a sin. Tapi motif kau "come out" kan dia suka suka hey hey kat pubik, eh publik apsal. At least tolong lah cover the face and the name, kalau nak show proof sangat. Common sense lah! Jangan bengap sangat. Nak perasan konon holier-than-thou, tapi pergi buka aib orang! Apa kes? Tuhan pun tak suka tahu!

So yeah, just a reminder to all, bukak aib orang memang syiok, tapi sebelum nak buka tu fikir pasal diri sendiri dulu. Kalau orang buat the same thing kat kau? What would you feel about it?

=)

HISB: Bom atom.





Lepas tengok anime ini, buat aku terfikir tak sangka orang dulu-dulu suka suka hey hey, tak kasi salam dulu, jatuhkan bomb kat negara orang kan, ?

Like OK, Japan was at fault for starting it first. OK la dapat musnahkan vessels, battleships, planes dan ~2000 soldiers and sailors.

Then Amerika balas balik haaa amik bom atom terus. "Take that bitch!" And wiped out the whole city and killed around 90,000-166,000 (mati right away plus mati sebab radiation effect kut).

Macam tak even lansung kan?

Kadang-kadang rasa lawak je fikir Jepun dulu pernah jahat dan tak berhati perut gila satu geng ngan Nazi Germany and Fascist Italy. Sheesh. Tapi lagi lawak, pretty sure war tu bukan sebab rakyat nak, tapi sebab orang gila kuasa nak. Kesian rakyat. Tak pasal-pasal mati.

Tak bestnya jadi rakyat. Tersalah pilih leader, menderita sampai mati.

Apa-apa pun the hiroshima bombing was huge alright, but it's nothing compared to Tsar Bomba. And the funny thing is it was detonated at about half its initial explosive capabilities. And also one of the cleanest nuclear detonations.



What a shame it's a weapon of mass murder. Sigh.

Konklusi: So yeah let's never make enemies with the Russians. Wahaha.

Rasa macam lawak*sebab orang buat benda macam ni just nak tunjuk how powerful they are. "Hey look! We have powerful things that can kill you like ALL OF YOU! BOW DOWN TO US!"

Bodoh kan? Ah well tolong cakap sikit apa yang tak bodoh dalam dunia ini?

=P

* Yes aku suka rasa banyak benda lawak, contoh final destination 4, dalam panggung aku sorang je tengok gelak terkekek because the way they die cam funny gile.

HISB: Hempedu beruang.

Hempedu beruang hitam Asia sangat popular di China dan dijadikan sebagai bahan di dalam ubat-ubatan tradisional Cina.Bahan aktif dalam hempedu beruang - asid ursodeoxycholic (UDCA) dipercayai berkesan untuk memulihkan demam dan radang, meningkatkan penglihatan, menjaga kesihatan hati dan memecahkan batu karang.

Nak tahu bagaiamna hempedu ini diekstrak daripada beruang yang gagah itu? Satu lubang ditebuk di perut beruang dan pundi hempedu dari mana hempedu akan dikeluarkan melalui tiub. Bayangkan lubang yang ditebuk digunakan berkali-kali, sudah pasti akan membuat luka itu menjadi infection kan?




Kerana prosedur ini sangat sakit, beruang boleh tension sampai rasa nak bunuh diri. Jadi mereka dipakaikan satu iron vest untuk mengelakkan mereka menumbuk-numbuk perut untuk menahan sakit. =(


Bukan itu sahaja beruang dikurung di dalam kandang yang sangat kecil, nak berdiri pun tak boleh! Sangat kecil bisa membuatkan beruang menjadi gila! "Dah la kau milk out dia punya hempedu, lepas tu kau kurung dia dalam sangkar kecik gila. Pergi mati please!"


Nak dijadikan cerita, satu hari ini seekor ibu beruang tidak tahan dengan seksaan yang dihadapinya dan tidak sanggup melihat anak didera sedemikian rupa, dia membunuh anaknya dan kemudian membunuh diri sendiri juga. Can you imagine that? They can actually understand the concept of death. Mati, suffering hilang. TRUE STORY!


Hati rasa sakit. This is some fucked up shit.

Sumber: Asia One
Bush Warriors

HISB: Laluan Kecemasan adalah untuk kecemasan.




Logik yang dipersoalkan oleh mamat ini:


OK stuck in traffic jam, and nampak banyak orang driving on the emergency lane. Konon lebih pantas lah kalau drive kat emergency lane. Imagine ada orang nak mampos dalam ambulan, kat mana ambulan tu nak lalu?

Hiks. Berani betul omputih ni kan keluar pergi tanya-tanya, and orang lain respond relax je. Kalau Malaysia mampos memang minta dimaki lah kan Hiks.

So yeah, don't drive on emergency lane la mangkuk. It's there for a reason. Setiap kali kau rasa nak guna cuba kau imagine kau yang nak mampos dalam ambulan yang mengharapkan emergency lane clear untuk kasi kau yang nak mampos tu pergi ke hospital. Doesn't mean semua orang buat, kau pun kena buat jugak. Otak ada, pakai!

HISB: Apa itu Taraf Kredit/Credit Rating.

Hari itu baca dalam surat khabar, taraf kredit USA jatuh dari AAA (the best) kepada AA+. So aku macam, apa tu taraf kredit? Apa taraf kredit Malaysia? Dan kenapa orang US kecoh sangat taraf kredit dia turun?

Dengan naturallynya datang rasa gatal nak mengambil tahu. First cari apa taraf kredit Malaysia. Taraf kredit Malaysia adalah A- dan the outlook is stable. Maksudnya taraf kredit kita tak berubah sangat kut. Masih di takuk lama, tak improving atau merundum. Good thing perhaps? Err.

The worst rating is D. Tapi dari list aku tengok, tiada negara yang ada D, yang paling teruk pun Greece with CC. (Remember my entry on Greece?)

Persoalannya sekarang:

Apa itu taraf kredit?

Mari aku kasi anologi:

OK konon kau berumur 7 tahun, di dalam satu majlis keramaian (most relevant open house masa hari raya) bersama keluarga, tiba-tiba datang pakcik jual aiskrim menjengah di depan rumah. Kau dan sepupu sepapat kau (let's name them Aaron Aziz dan Remy Ishak) were like "ICE CREAM, I WANT TO HAVE ONE!" Masalahnya dalam banyak-banyak tu, kau sorang je ada duit raya. Yang lain, mak bapak dia tak kasi kot. Jadi tanpa segan silu Aaron Aziz dan Remy Ishak nak pinjam duit kau dan berjanji akan membayarnya balik. Kau tak berapa kenal mereka, jadi kau tanya Mak kau, sebab secara logik kecik-kecik, kau ingat mak kau adalah MRS KNOW-IT-ALL.

Kau: Mak kalau saya pinjamkan duit kat Aaron Aziz, adakah dia akan membayar balik?
Mak: Aaron Aziz budak baik orangnya, sudah pasti dia akan bayar balik.

Kau: Mak kalau saya pinjamkan duit kat Remy Ishak, adakah dia akan membayar balik?
Mak: Remy Ishak pun budak baik orangnya, tetapi..mm mak rasa dia akan bayar balik kut.

OK dari pernyataan mak engkau, engkau dapat rasakan aura keyakinan mak engkau bila berkata mengenai Aaron Aziz tetapi dia kelihatan seperti tidak sure bila memperkatakan mengenai Remy Ishak. Mengikut logik kau sebagai kanak-kanak yang comel, mesti kau lagi prefer pinjamkan duit engkau kat Aaron Aziz kan? Sebab mak kau da assure kan, dia pasti akan bayar kau balik.

So that's how credit rating works. Kau; pemberi pinjama,n sepupu; penghutang dan mak; agensi taraf kredit yang kau percaya.

Hiks.

Maksudnya taraf kredit memberitahu reputasi kau sebagai peminjam. Kalau bermasalah, reti pinjam,tapi bayar nya tidak mengikut masa dan perjanjian, makin turun lah taraf kredit kau.

Jadi kenapa isu taraf kredit US turun, banyak orang kecoh? Kau bayangkan setelah sekian taraf kredit mereka berada di atas iaitu AAA, sejak 1917 tak salah aku, tiba-tiba tahun ni turun. Mesti lah terkejut. Mereka banyak hutang lagi ni. Kalau turun, tak banyak lah orang nak kasi pinjam duit kan?

Dan kerana Malaysia mengamalkan sistem ekonomi terbuka, pasti sedikit sebanyak Malaysia terkena tempiasnya. There's a possibility that taraf kredit negara kita pun akan turun juga. I hope jangan turun sangat, dan kerajaan kita ada strategi yang bagus untuk menyelesaikan masalah ini. Aku ada baca solusi yang diberitahu oleh menteri apa tah nama dia, tapi sebab otak aku lembab nak faham ayat dia, so aku decide to ignore them.Hahaha.

So point entri ini, at least kau tahu la apa maksud taraf kredit/credit rating dan apa implikasinya kepada negara. Takda lah rasa bongok sangat bila baca ruangan ekonomi dalam surat khabar kan? Hiks.

Sumber: Wikipedia
Standard & Poor's Credit Rating for each country

HISB: Does anyone else do this?


Because I do. =P
If in real life, it's equivalent to flash an awkward smile and walk away. Hahaha.



HISB: #LondonRiot

What is your logic dear rioters?

Stealing pants, TVs and stuff.
Destroying small shops.
Ruining innocent small business owner's lives.

All of these were done to get the message across?

BOLLOCKS! (echeh rasa begitu british sekals)

If you are really that angry with the authority. Go:

Destroy the government buildings.
Steal all the government's expensive machines.
Overturn the police cars.
Spray paint the roads with your message.

Then the other people would see it as a hostile sign of aggression towards a government.

I don't see harming
fellow citizens with no connection to the government for attention as totally rational and justified.

Opportunistic cowards. You disgust me.